Pengetua ,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rahmat ,
Tampoi,Johor Bahru ,
Johor .
02-16 blok 18,
Taman Kenanga,
Tampoi,Johor Bahru,
Johor . 24 Januari 2011
Puan ,
Masaalah Rambut Berwarna Perang
Merujuk perkara di atas,saya bapa kepada Muhammad Syazani Bin Sapian tingkatan 4 Bestari 2 ingin memaklumkan kepada pihak puan berkenaan dengan masaalah rambut anak saya .
2 . Untuk makluman pihak puan anak saya sejak dilahirkan telah di kurniakan dengan rambut berwarna perang sehinggalah ke hari ini . Keadaan warna rambut anak saya ini adalah semula jadi . Saya mengesahkan dan bertanggungjawab bahawa anak saya tidak pernah mewarnakan rambutnya .
3 . Sekiranya pihak puan tidak berpuas hati dengan penjelasan ini saya membenarkan anak saya dibuat pemeriksaan bagi mengesahkan warna rambutnya.Jika pihak puan menghadapi masaalah berkenaan dengan rambut anak saya ini,bolehlah menghubungi saya ditalian bernombor
012-3456789 untuk kepastian.
Dengan penjelasan dari saya ini,diharap anak saya tidak lagi menghadapi masaalah rambut di masa akan datang . Sekian terima kasih .



